PERASMIAN DAN RUMAH TERBUKA GUDANG LUBREX MALAYSIA (JOHOR)
Pada 23hb Mei 2022 telah berlangsungnya Majlis Perasmian Gudang Lubrex Southern Region yang telah dirasmikan oleh Encik Majdi (Pengarah Urusan Prowheels (M) Distributor Sdn Bhd) dan juga wakil dari setiap Mini Wholesaler Lubrex Johor. Majlis Perasmian ini diadakan bersama dengan Rumah Terbuka Aidilfitri di gudang Lubrex Malaysia yang terbaru di Johor. Sambutan majlis ini turut disambut dengan penuh meriah dan berjalan dengan lancar dengan adanya kehadiran tetamu-tetamu dari pelbagai negeri yang juga merupakan pengedar-pengedar sah Minyak Lubrex.Terima kasih kepada semua pengunjung dan rakan pengedar Lubrex di seluruh Malaysia yang hadir memeriahkan suasana majlis. Semoga ukhwah yang terjalin berterusan.
Feb 20,2024