Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah & Minggu Keusahawanan PKS
![](https://cdn1.npcdn.net/images/1627260029237211381c053af4c409b4a3c4d4856e.jpg?md5id=fd82bcc747197ebb3ecdf6d87e0d86b3&new_width=760&new_height=1000&w=1466647023)
Pada 24 hingga 28 Julai 2019 Pasukan Prowheels Distributor telah menyertai dan membuka gerai pameran di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah dan Minggu Keusahawanan Perusahaan Kecil dan Sederhana yang telah dianjurkan di Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, Alor Setar.
Program ini telah melibatkan pelbagai agensi-agensi seperti MARDI, MADA, BERNAS, AGRO Bank, SME Corp, LKIM, FAMA, dan banyak lagi. Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz bin Mahathir dan disertai oleh dhif-dhif kehormat yang lain.
Pelbagai acara turut dijalankan sepanjang tempoh program berjalan seperti karnival jualan, gerai pameran, seminar perniagaan, perkongsian bersama selebriti, trak makanan, demonstrasi produk, dan program latihan. Sebagaimana kelaziman, penganjuran HPPNK 2019 ini mendapat sambutan yang meriah oleh para penduduk di Negeri Kedah.

Jul 26,2021