Simposium Jaringan Usahawan

Pada 19 April 2017, Pihak Prowheels Distributor (M) Sdn Bhd dengan kerjasama daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah berjaya menganjurkan Program Simposium Jaringan Usahawan Tayar Bumiputera Malaysia, yang bertempat di De Baron Resort, Pulau Langkawi, Kedah.

Program simposium ini telah dirasmikan oleh En. Zulkifli bin Othman, timbalan ketua Pengarah MARA, dan telah berjaya menghimpunkan 100 orang usahawan bengkel automotif seluruh Malaysia untuk memberi pendedahan tentang pengurusan bengkel, kewangan, dan pemasaran.

Antara penceramah jemputan yang hadir ialah En. Khairi Ariff yang mengendalikan slot Facebook Ads dan En Arzain Alaman untuk slot Google Ads.



Jul 25,2021